imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Thursday, December 23, 2010

cerpen: Terima Kasih Menjaga Kasut Saya

Berjumpa kembali ke ruangan bloq sy…erm xrajin nk update tp xpe atlease more better it try..ada 1 cerita di sebalik tajuk tersebut ni to, pada suatu hari seorang wanita ini berjalan di pusat Bandar yang terlalu ramai manusia. Gadis ini suka berjalan seorang diri bahkan tidak menghiraukan keselamatan dirinya sendiri kerana satu kebiasaan. Pada satu ketika, semasa wanita ini singgah untuk solat, ia mencari surau yang berdekatan, apabila masuk diruangan surau tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali menyapanya, kerana diminta untuk meletakkan kasutnya dihadapan dan berhampiran dengan pemuda tersebut, kerana sering berlaku kehilangan.


Wanita itu td pun menuruti permintaan hamba Allah tersebut kerana dia berfikir sekiranya betul-betul hilang kasutnya nanti dia nak pakai apya?? Setelah itu wanita itu pun pergi ke ruangan wuduk dan menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Setelah selesai, dia keluar dari ruangan solat untuk wanita, tiba-tiba hamba Allah yang menjaga kasutnya td menyapa kembali inginkan nombor telefon, wanita itu agak pelik dengan perlakuan hamba Allah itu, so dye bertanya bleh saya tau untuk apa??Hamba Allah itu pon memberi feedback yang positif kemungkinan dia boleh lebih mengenali antara satu sama lain dan mengenal apa iti Islam. Hamba Allah tersebut mengatakan dia seorang yang baru masuk Islam dan beriqtiqaf di Surau ini untuk membuat kebaikan kpd sume org. Wanita itu agak pelik dan bertanya muka anda seperti melayu biasa. Bahkan oleh kerana wanita itu nk cepat dia hanya mengucapkan terima kasih kerana menjaga kasut sy, justeru itu dia menganggap wanita itu tidak akan memberi no telefon dan pemuda itu menawarkan 1 botol minyak wangi kepada wanita tersebut. Pemuda tersebut menjualkan dan menawarkan harga yang rendah supaya wanita itu membelinya dan memaksa sambil membuka tutup minyak wangi itu supaya menyuruh wanita tersebut menikmati bauan wangian tersebut, oleh kerana masa tidak mengizinkan wanita tersebut menolak dengan secara baik.


Kemudian wanita tersebut terus meninggalkan surau tersebut sambil berfikir, apakah dia seorang mualaf??minyak wangi it pon seperti ermm wanita tersebut terus menghilangkan mualaf tersebut dari pemikirannya. Setelah sampai di kauter tiket yang berdekatan dengan surau tersebut, wanita itu disapa oleh seorang makcik yang sangat baik dan dari wajah yang ikhlas seperti seorang ibu. Dia menegur wanita tersebut dan mkcik itu mengatakan sesuatu menyebabkan wanita itu terkejut.


Makcik itu mengatakan "Hamba Allah di dalam surau tu bukan betul sangat, dia tengah mencari anak gadis untuk dikahwininya kerana pernah ditinggalkan dulu oleh bekas wanitanya. Dia mang asal beragama Islam tulen, dia beriqtiqaf di surau itu kerana ingin Allah membantunya. Satu pegangannya dia percaya pd Allah tapi dia xpernah solat walaupun dia tahu bagaimana melakukan solat, dia hidup dengan berzikir katanya Allah akan bantu dia untuk menemui dengan bekas kekasihnya. Minyak wangi yang dia tawar kan kat adik td tu, minyak wangi untuk pukau orang sama ada dia mengambil duit adik dan menurut perintahnya. Makcik nampak adik td ingin sgt makcik menghalangnya, tp makcik xnak mewujudkan kekecohan, mujurlah adik menolak sebelum ni ramai je yang terkena biase dia akan ambil duit, makcik pon pernah terkena"..Astaqfirullahalazim, subhanaAllah wanita itu turut rasa bersyukur kerana Allah melindunginya dari hal yang dia tidak pernah terfikir.


Sesungguhnya satu perlindungan yang sangat bermakna yang Allah berikan, wanita itu turut berasa takut juga bila memikirkan kejadian tersebut..Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sering memerlukannya. Cerita ini tiada kene mengena dengan orang yang hidup dan mati hanya sekadar renungan dan di ambil pengajaran untuk kita semua.

Pukau skrg sering menular di semua kawasan, manusia sekarang bukan seperti manusia dahulu, dunia Akhir zaman ini macam-macam berlaku. Sebagai hamba Allah taala jadilah seorang hamba yang sering taqarrub kpdnya, sebagai prinsip hidup yang harus kita pegang adalah amar ma'ruf nahi munkar..satu pegangan dan ilmu yang sy ingin kongsikan sentiasa lindungi diri kita dengan wuduk iaitu kekalkan air sembahyang sepanjang hari banyak manfaatnya. Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment