imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Saturday, May 22, 2010

Da'wah BilkitaBah

Praise is to Allah, the lord of the worlds, and may the peach and blessing be upon our master Muhammad who pro claimed the message, delivered the trust and instructed the Ummah, and upon his kin and companions. Da'wah is considered as an obligation which should be performed by every Muslim as an individual and by whole nation (ummah) on a collective basis. However, this obligation needs to be discharged with knowledge about da'wah in general and da'wah methodology in particular. Refer from al-Quran as method of da'wah is more that is:

"Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance."

The Call to thy Lord (O Muhammad) with wisdom and teaching of the good advice, and discuss with them (which you appealed it). That way the better; thy Lord He is likewise the person knows will stray from the path, and He is nevertheless the more knowing the people will get the guidance the guidance.

In so many ways Islam preaching had done by the prophet Muhammad and his-Anbiya '. I want to examine a bit of propaganda conveyed by Habiburrahman el-syirazy this will give a good impression on the teenager in this era. Way that the use is very subtle. How propaganda is used by the car he was proselytizing bil kitabah (da'wah subtle), in other words specifically bit Tadwin proselytizing mission through writing) either by publishing books, books, magazines, Internet, newspapers, and writings containing propaganda message is very important and effective.

Another advantage of the propaganda model is not to be destroyed despite the daie, or the writer has died. Regarding the bit-Tadwin mission is the Messenger of Allah said, "Verily the ink of the scholar is better than its blood of the martyrs".

Thursday, May 20, 2010

PUISI…

"sekalipun cinta tlh kuuraikn & kujelas kan pnjng lebar, nmun cinta kudatangi aku jd malu pd kterngan ku sendiri, mskipn lidahku telah mmpu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta t'nyata lbh terng, semntara pena begitu tergesa2 mnulisknnya, kata2 pecah b'keping2 bgtu smpai kpd cinta, dlm m'nguraikn cinta, akal t'baring x b'daya, bgaikn keldai t'baring dlm lmpur, cinta sendirilah yg mnerngkn cinta dan percint'n.. (karya habiburrahman el-syirazy, Ketika Cinta Bertasbih)



"cinta adalah kekuatan, yg mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jd anggur, mengubah sedih jd riang, mengubah amarah jd ramah, mengubah musibah jd muhibbah itulah cinta..


puisi dr novel habiburrahman el-syirazy "ketika cinta bertasbih"…layannnnn

###MuNakaHat#####

Jazakillahu khairan kasiran wailalliqa', bertemu kembali oleh krn skrg ni musim org berlumba-lumba ingin berumah tangga, mjlis walimatur urus n majlis pertunangan ye lh betul jugak kn sekarng ni musim-musim nk dekat cuti sekolah bln 6 akn dtg. lh katekan. so that, wajar di cni sy kongsikan sedikit knowledge dan isu yg sering di bangkitkan..

Bab munakahat pulak dh hee, ble nk kawin baru tu lh nk cari buku, nk search internet, cari ape2 yg penting dn apa yg terlupa, tp xpe perkara tu biase lh kn itulah name nya kehidupan kdg2 lupa. Org sering perkata kan isu nikah, wali, persandingan, tu sume org sering menyoalkan dan perkara biase org tanye tp sebelum nikah mesti ada pertunangan kan??



bgmana pulak dgn ISU PERTUNANGAN...


adakah mmg di sana terdapat RUKUN TUNANG sbg mana wujudnya juga RUKUN NIKAH dan bebrpa perkara lain spt mana juga isu KAWIN?

apakah konsep dan definisi PERTUNANGAN itu sndiri ?

setau ana, bertunang itu adalah apabila DIIKAT PERJANJIAN antara lelaki dan perempuan utk dijadikan pasangan yg SAH...

jadi, wajarkah kalau muda mudi hari ini yg bercinta boleh DIKATAKAN BERTUNANG ? >> walaupun mgkin pada 'uruf setempatnya masih belom mengiktiraf...sbb x de hadiah , cincin dsbagainya...


Statements di atas bukanlah ditujukan kpd PASANGAN MUDA-MUDI YG BERFOYA2 di luar sana... hehe... khas buat mereka yg benar2 dah jumpa pasangan daaa...

Others question???

adakah menjadi suatu kemestian utk pasangan yg bertunang MENUNJUKKAN TANDA... spt MEMBERI HADIAH... memberitahu IBU BAPA dsb...

lebih tepat lagi, BGMANA SESEORNAG ITU BOLEH DIKATAKAN TUNANGAN KPD SESEORANG YG LAIN ??

adakah memadai membuat perjanjian antara si lelaki dan perempuan.. even tanpa memaklumkan kpd ibu bapa?

perlukah suatu tanda ikatan spt mana slalu kita lihat >> cincin dsb.. ?

Meh cni nk jwb tp maaf lh kalo de yg kurng, sebenarnya masyarakat khususnya msyarakat M'sia kurang memahami apakah itu konsep peminangan pd menurut syariat. Mereka menganggap pertunangan hanya berlaku melalui majlis2 spt yg dilakukan oleh kita hari ini. Whatever, yg jelas, tunang itu hukumnya sunat dan sudah dijelaskan mengikut syara'.

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahi apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (QS. 2:235)


Dr Saalih ibn Ghaanim al-Sadlaan, Prof Syariah Universiti Islam Muhammad Ibn Sa'ud, Riyadh mengatakan bhw pertunangan itu hanyalah meminta kebenaran utk berkahwin serta persediaan awal ke arah perkahwinan. Adapun amalan2 yg biasa berlaku di kalangan masyarakat bukanlah tuntutan syara'. Bahkan beliau berpendapat dgn lebih keras iaitu cincin yg dihadiahkan sempena pertunangan merupakan bid'ah krn ia merupakan amalan Kristian.


Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen wa Jeem lil mar'atil muslimah menyatakan pertunangan itu hanyalah perjanjian utk berkahwin dan tidak semestinya berkahwin dan harus kedua belah pihak utk memutuskannya. Sebrg hadiah yg diberikan ketika pertunangan itu hanyalah sekadar hadiah dan tidak terdapat sebrng nas mengenai hak harta yg mereka berikan antara satu sam lain. Dgn kata lain, jika terputus tunang, hadiah2 itu tidak bleh dituntut kembali krn ia tiada hak ke atas pemberian itu lagi. Namun, tidak dinafikan mazhab fiqh ada yg membahaskan isu pemberian ini dgn lebih detail berdasarkan ijtihad mereka.


Definisi di atas juga diberikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Muasirah. Beliau menjelaskan lagi, pertunangan itu tidak menghalang apa2pun melainkan mencegah pihak lain meminang gadis itu.


Rasulullah saw bersabda, "Jgn ada di antara kalian yg melamar wanita yg telah dilamar saudaranya."[Hadis muttafaqqun 'alaih]

adakah memadai membuat perjanjian antara si lelaki dan perempuan.. Even tanpa memaklumkan kpd ibu bapa?



Kita perlu ingat, utk berkahwin, wali menjadi salah satu rukunnya. Tanpa wali maka pernikahan tidak sah. Jadi, bagaimana pula boleh berlaku pertunangan tanpa pengetahuan ibu bapa sedangkan pertunangan itu merupakan satu ikatan perjanjian utk berkahwin?


Sheikh Abu Ishaq al-Atsari dalam kitabnya al-Insyiarah fi Aadaabin Nikah mengatakan di bawah bab melamar isteri, "Setelah itu, hendaklah ia pergi melamar pilihannya itu kpd walinya..."

Dalam kitab fiqh manhaji menjelaskan bahagian khitbah terbahagi kpd dua khitbah bitalmih dan bitashih. Di cni ia menjelas kan pertunangan secara rasmi dan tidak rasmi, secara jelas dan am nya di sini adalah pertunangan secara rasmi adalah pertunangan yg di adakan secara besar-besaran atau kecil-kecilan dgn menhadiahkan kpd pasangan nya hadiah untuk memnuhi syarat atau adat yg berlaku dikalangan masyarakat sekarang ini.

Kemudian dlm konsep pertunangan secara tidak rasmi ini lah yg sering di lakukan oleh anak-anak muda yg kdg-kdg tidak perasan dn tidak sedar kerana dalam pertunangan secara tidak rasmi menjelaskan bahawa sekiranya seorang lelaki melamar perempuan itu dgn kata-kata yg manis dan menyebabkan perempuan itu setuju untuk menerimanya itu adalah ditafsirkan pertunangan secara tidak rasmi krn tidak semestinya pertunangan itu perlu disambut dan diberi hadiah seperti cincin, itu adalah satu adat sahaja.

So wajib seorang lelaki itu bertanggungjwab dan alerts dgn setiap percakapan yg dilontarkan bleh dikire bertunang juga jika: "Cntoh kat cni kn, kalau lelaki tu dh cop awal2 perempuan tu, sudah memberi harapan pd perempuan itu untuk mengahwininya suatu ketika nnti, kata-kata yg manis pd pasangan dn berjanjikan tok berkahwin suatu hr nnti, Cume belum ade kesempatan untuk mengadakan mjlis itu juga sudah di anggap bertunang"

Tetapi yg menyebabkan salah dicni adalah pd anak2 muda sekarang ni selalu melontarkan kate2 "erm aku nk enjoy lg, main2 je lh, muda lg lh," mcm2 itu lah yg boleh menyebabkan isu yg sekarang ni buang2 anak krn hasil dr zina mereka sendiri". Itulah wujudnya istilah couple di sini pd anak-anak muda sekarng yg mengambil remeh dgn bnda2 penting mcm ni. Perlukan skill comunication yg baik utuk bawa mereka ini ke pangkal jln..

Seterusnya, dalam memahami apa itu konsep PERTUNANGAN menurut Islam adalah:

MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya.

Pertama, perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Sememangnya tidak ada pihak keluarga yang bertindak meminang isteri orang, tetapi apa yang sering berlaku ialah lelaki menjalin hubungan dengan isteri orang. Golongan ini kerap dipanggil isteri curang atau main kayu tiga.



Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.



Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam.



Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.”



Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya.

Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.



Keduanya, perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).



Sesungguhnya seperti mana perempuan yang berkahwin, perempuan yang menjadi tunangan orang juga pasti tidak akan dilakukan peminangan oleh keluarga secara rasmi. Apa yang sering berlaku ialah masih ada lelaki menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang.



Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan oleh lelaki yang ingin merampas tunangan orang. Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu sebenarnya di atas kehendak keluarga.



Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka memberi semangat untuk memutuskan pertunangan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan yang telah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama.



Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.



Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki.



Perempuan telah bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan oleh tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.



Perkara itu ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).



Ketiga, perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah. Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.



Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.



Perkara ini ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki perdamaian.” (Surah al-Baqarah, ayat 228).



Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.



Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua.



Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.

Amalan ‘cinta buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.



Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.



Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan ‘cina buta’ itu tidak mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.



Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu.



Keempat, perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah.



Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32).



Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.



Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim.



Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.

Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh anaknya.



Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku keterlanjuran.



Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang.



Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya.

Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan.



Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.



Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.



Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”


Wednesday, May 19, 2010

Assalamualaikum...kembali untuk memberi dn menyampaikan

sudah seminggu berlalu mak nye gi umrah bersama atok dan mkciknya, alhamdulillah segala urusan dyrg berjalan dengan lncar dengan segala perkembangan yg dyrg informkan. Mula-mula mcm serabut gak urusan2 waktu cuti n tp alhamdulillah setiap hari, setiap detik dpt setelkan dengan mudah.

Dalam masa yg sama aku kene menyiapkan proposal tesis penin2 relex2 ni lh nama nye cabaran. Dalam hidup ini kalo xde cabaran xde makna, dgn cabaran mengajar kita erti kesabaran, dengan kesabaran dpt menjadikan kite lbh mulia di sisi Allah taala. Aku lebih suka berkongsi dgn penulisan yg aku cipta sendiri haha tujuan utama aku menulis blog ni untuk menyampaikan apa yg aku rase perlu disampaikan dan berkongsi dengan sesiapa yg sudi.

Tjuk proposal aku mengenai kajian qualitative yg mengkaji karya org seberapa banyk unsur dakwah drpd dua tokoh yg amat terkenal penulisannya (habiburrahman El-Syirazy dan Prof Dr. Hamka).

Kayra-karya yg dihasilkan oleh Habiburrahman El-Syirazy adalah Sebuah novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Tasbih Cinta, Warkah Berbaur Syurga, Dalam mihrab Cinta dan selepas ini apa lg novel baru yg ia akn hasilkan. Ia seorang novelis yg terkenal di Indonesia dan karya-karyanya terkenal dengan Best Seller. Walaupun tjuk-tjuknya melambangkan cinta, bukan bermakna cinta yg dikejarnya bahkan ketakwaan, keimanan, kesungguhan mendapatkan cinta daripada Allah Taala. Dalam Tasbih cinta banyk mengisahkan kehidupan sahabat-sahabat rasulullah dan sejarah-sjarah yg dapat menjadikan taladan untuk kita.

Karya-karya Prof Dr.Hamka pula, kaya dengan hasil karyanya yg sungguh banyak dengan falsafah kerana ialah antara tokoh-tokoh yg terkenal di Malaysia sebagai Tokoh Falsafah. Banyak hasil-hasil penulisannya antaranya yg pernah saya baca adalah Falsafah Ketuhanan, Di Dalam Lembah Kehidupan, Dari Hati ke Hati, Di Bawah Lindungan Kaabah, Falsafah Hidup, Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB. Selain itu, ia juga menghasilkan buku Pujangga Islam - Kebanggaan Rumpun Melayu, Islam & Adat Minangkabau, Kenang Kenangan Hidup, Kesepaduan Iman & Amal Salih Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang, Lembaga Hidup, Merantau Ke Deli, Tasawuf Moden, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Terusir.terlalu banyak buku yg dikarangnya, subhanaAllah banyak nye lh kan ilmu nya.

Karya Prof Dr.Hamka yg saya kaji, adalah tentang "Di Dalam Lembah Kehidupan".

"Di Dalam Lembah kehidupan ini" banyak menceritakn hal-hal duniawi yg focus kpd manusia. Ia adalah cerita yg banyak bermain dengan air mata, kesedihan dari rintihan penderitaan oleh segolongan manusia di atas dunia yg di ibaratkan alam persinggahan.

Falsafah Prof Dr.Hamka mengatakan Air mata mereka itu sudah mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu. Bagaimana org akan peduli, padahal org sedang dibayangi kesenangan dan kemewahan??

Bermakna di sini, pelbagai onak duri manusia yg diceritakan di dalam buku "Di Dalam Lembah Kehidupan" pelbagai falsafah yg diselitkan menjadi semua manusia yg tidak bersemangat untuk menempuh kehidupan yg lara manjadi berkeyakinan menempuh kehidupan.

Akhir kata dari saya, erm bukan Prof Dr.hamka shje yg ade falsafah tau huhu Dalam kehidupan ini sntiasa dekat dengan pelbagai cabaran, jika kita mengambil cabaran itu sebagai amaran dalam kehidupan, peringatan sentiasa di alukan, jika kita mengambil kealpaan itu dalam kehidupan, kesengsaraan dtg tiada panggilan"

Ambil lh kata-kata ini buat sempadan dlm kehidupan krn hadirnya manusia dari Allah taala, jika tiada Allah, tiada lah kite dimuke bumi ini..kita sebagai manusia ini adalah satu brg yg akan di timbang dosa dn pahala, nyawa terletak kpd nya, kesenangan itu dari nye, kegembiraan itu drnya untuk di pinjamkan sementara. Jgn lh menganiaya org lain krn yg baik itu dtg dari Allah taala dan segala yg buruk dtg dr kejahilan dan kesilapan kite sendiri.


sekadar renungan.....