imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Thursday, December 31, 2009

ReNunGan MaSuk TaHun BaRu

Ya Allah aku hanya insan yang hina bila di kenang kan kembali aku lah hamba yang hina di mata mu hanya sebagai hamba yang di wujudkan dimuka bumi ini untuk menyeru apa yang di suruh meninggal apa yang dilarang. Setelah aku meningkat usia ini pelbagai pengalaman dan cabaran yang aku lalui sehingga aku menjadi sebegini.. kata org dengan cabaran yang kite lalui akan membentuk peribadi dan personality yang matang especially dengan pemikiran yang sentiase berkembang dengan pemikiran yang meningkat akan menjadi kan kite lebih matang sekurang-kurang nye menjadi role model yang terbaik dalam setiap aspek…begitu juga personality seseorang melambangkan keperibadian seseorang adakah aku insane yang hina ini dapat melangkah ke arah yang lebih baik pada awal tahun ini.. 1 hari lagi kita semua akan melangkah dalam thn yang baru.. erm kalau waktu kecil2 dulu boleh lah semua nak baru kasut nak baru, baju nak baru, alat tulis nak baru, ye lah sebab nak masuk sekolah baru.waktu dah sekolah menengan lain lh pulak ye yang baru nye tu. Tapi kita ini pulak??erm renung2 lah sahabat bahawa tahun baru ini memberi pengertian yang sangant bererti pada kita semua..kalau ikut bulan islam dah lebih 10 hari kita melangkah ke tahun baru pada sesiapa yang belum sedar apa itu Maal Hijrah masih belum terlambat mari lah kite sama2 berhijrah bukan hijrah itu bermaksud berpindah sahaja banyak makna2 yang boleh di sama erti kan dengan penghijrahan, perubahan, perjuangan dlm meniti langkah untuk menjadi mukmin sejati… kite jgn sesekali lupa asal kite dari mane kerana hebat nye kite sekalipun kite akan kembali kpd yang esa.… wa'allahualam bissawab..selamat datang 2010 semoga perjalanan hidup kite sentiase diberkati Allah taala..

sebelum tu sy nak kongsi sedikit renungan pagi bersama2 shbt ini hanya sekadar peringantan pada kite semua:

"Peringatan buat diriku yang lupa……Dengan Nama ALLAH y ang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu." Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing masing termasuk Pak Imam itu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan Sembahyang Jumaat." Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah...Macamana..? adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur fikirlahlah... "Lawakkan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman?" "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya? Kedua lelaki hanya membawa machine-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yang dia tak Sembahyang Jumaat lagi..." seminggu sahaja? Itu pun bila time Sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dahsyat setahun 2 kali aje.. bile time Sembahyang Raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al Quran?" "Lawakkan , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia?" "Lawakkan, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend kita berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa?". Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama. Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yang paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak? Fikirkanlah……..Wallahualam…..sekadar salingan

Wednesday, December 16, 2009

Mujahidah di jalan Allah

Mujahidah sejati Intan permata mutiara mahkota

Seindah pelangi di cakerawala

Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati

Engkaulah serikandi pembela agama

Peribadi solehah hiasan diri

Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama

Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati hatinya berbeza

Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati

Berbekal al-quran dan as-sunnah

Bersulam pengorbanan Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati

Terus subur mekar mewangi

Seindah suria menerangi bumi

Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati

Menyoroti langkah Khadijah

Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin

Bbermujahadah, merebut cintaDan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran

Nilainya sama di sisi TuhanCuma ibadah yang membezakan

Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia

Kerana ia merbahayaJangan dibiarkan ia bertakhta Dalam iringan dosa-dosa..

Monday, December 14, 2009

aurat....

  • dlm kehidupan ini tidak pernah lekang dgn pelbagai dugaan yg xblh diduga, kdng2 pelbagai rintangan yg kite x dpt halangi Allah mengetahui sgalanye. 'sedar lah diri ini adalah manusia biasa yg begitu bnyk dosa, muhasabah lah diri ini krn tidak tahu berape bnyk kh sisa phala yg dpt di kutip untk bawa ke Akhirat kelak...errmmm, wahai shbt2 perihalah matamu, tangan mu, hatimu, kakimu, mulutmu, jari-jemarimu, drpd bnda2 yg dilarang dlm agama, sy hanya mengingatkan shbt2 dn diri sy sendiri krn yg baik itu dtg dr Allah taala dn yg buruk itu dtg dr kslhn sy sendiri...sy pernah ber jumpa seorang hamba Allah yg menyoalkan tentang perihal agama yg masyarakat sering telupa(alpa). hamba Allah itu menanyakan tentang jilbab..sy pon agak pelik jgak lh first2 dye tanye erm knape agama sruh kte pkai tudung??sdngkan ade je yg pkai tudng tp wat maksiat gak, tudung laboh ke tudung pendek ke same je...sy tanye blik erm awk pkai tudung ke x tu ek? dye jawb ai x nmpak ke pkai lah ni so sy tnye hamba Allah kembali kenape dye pkai tudng? dye jwb krn sy pkai tudung huhuhu sy cam nak gelak gak tp tok menenangkan situasi itu kembali kami masih meneruskan perbahasan itu untuk memberikan hamba Allah itu kepuasan...sy okey lah sy jwb soalan pertama hamba Allah itu agama menyruh kte pakai tudung krn rambut adlh aurat yg wajib kte lindung dan tutup. Aurat wanita ramai yg tahu sebagaimana pakaian menutup aurat mestilah menepati konsep dan ciri-cirinya seperti mana yg disarankan oleh Nabi Junjungan SAW. Yg dikatakan telah menutup aurat ialah apabila kite tlh mnutup seluruh tubuh bdn serta perhiasan yg ad pd diri kita samaada perhiasan semulajadi atau tidak. dgn erti kate lain, bila kita pakai pakaian menutup aurat, jgnlah pula pakaian tu unsur2 perhiasan. untuk memudh kan bicara, kite sebut pakaian tutup aurat tu sbgai hijab(tudung). hijab itu wajib kpd wanita islam seperti mana wajibnye solat dn puasa. jika seseorang muslimat tidak memakainya atau mengingkari kewajipannya maka jatuhlah islam nya dn menjadi murtad. sebaliknye jika ia tidak memakai tetapi mangakui wajibnye berhijab (x mengingkarinye) cumen tidak pkai sbb ikut trend semasa dn sbgainye, maka dia adlh "aasiah" (Derhaka) terhadap perintah Allah SWT yg menyuruh dia berhijab seperti yg tersebut di dlm ayat 59 surah Al-Ahzab. oleh yg demikian wahai para muslimat, patuhilah perintahnye atau adkah anda ingin termasuk golongan murtad atau penderhaka kpd khaliq(pencipta)?..dlm melakukan amal ibadah ini niat itu amat penting sekiranye kte niat kan pada diri kte pakai tudung itu kerana Allah taala insya'allah sgla ape yg kte buat mendapat barakhanye..pakai tudung ikut trent lah selau terjadi, tu yg ade pkai tudung pon bleh buat maksiat so niat yg betul akn memberi kite jln yg lurus....

Sunday, December 13, 2009

Akhlak Mulia Bunga diri


Akhlak-akhlak mulia adalah bunga-bunga diri

Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi

Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati

Akhlak bunga diri, nilai diri manusia

Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati

Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati

Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi

Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah

Haloba, tamak, gila puji, gila nama

Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak

Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati

Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah

Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin orang hormat berpura-pura

Orang takut sayang tiada

Orang kaya, orang segan hormat tiada

Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat

Kata-katanya tiada didengar lagi

Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya

Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya

Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi

Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita

Muka buruk pun dipandang cantik

Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik

Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri

Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya

Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri

Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya

Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata

Mereka itulah menjadi model di dalam negara


"marilah renung sendiri apa itu "Bunga Diri"

jgn biarkan Bunga diri kite rosak dgn tahi2 dan ulat2 daun yg blh merosakkan bunga dn daun yg cntik,

hiasi lah kemanisan supaya lebah dn kumbang dpt mencari madu yg sungguh manis

krn bila sudah dirosak kan dgn tahi2 dan ulat2 daun kemanisan bunga itu akn hilang

serta merta renung2 lah shbt2 ku, supaya kite same2 bentuk diri mnjadi lbh sempurna.."

Akibat tidak Mahu mendengar nasihat Ibu...

sebelum tu sy nak berkongsi dgn shbat2 tentang jenaka ini yg mengisah kan seorang lelaki yg tidak mendengar nasihat ibunya... hehe bacelah khas untuk shbt2..

Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...".

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......"

"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya......

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir

5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz

terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area

lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......"

namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu....sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati, tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin

hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.

"orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan

tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar......

"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi

tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya

tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.......

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya...... "burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!1" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.

"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................."

mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....

>>>>>>>>>>>" ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!"<<<<<<<