imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Tuesday, August 16, 2011

~NuZuL Al-Quran~



Alhamdulillah hari ni msuk ke 17 ramadhan, dinamakan nuzul Al-Quran, dengan nuzul Al-quran ini lah yng mengingatkan kita rakaman sejarah terbesar Nabi Muhammad saw yang menerima mukjizat dari Allah hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Dari perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Subhanallah begitu agung nya kebesaran Allah taala bila Islam mensyariatkan Al-quran dan As-Sunnah jadikan pegangan. Begitu banyak yang perlu kita pelajari di dalam Al-quran.

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.
Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.
Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.
Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

~Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan. Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.~ alhamdulillah haza faqot minni untuk dikongsikan sedikit tentang nuzul Al-quran, pesanan buat diri sendiri yg sering alpa ini dan juga boleh dikongsikan kepada semua sahabat handai supaya kita dapat memperingatkan bahasa jadikan Al-Quran itu kawan di waktu duka, sedih, gembira ketika hidup kita supaya dia yang akan membawa cahaya menerangi dan menemani kita ketika mana kita keseorangan di dalam kubur nnti wallahualam..


No comments:

Post a Comment