imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Wednesday, May 19, 2010

Assalamualaikum...kembali untuk memberi dn menyampaikan

sudah seminggu berlalu mak nye gi umrah bersama atok dan mkciknya, alhamdulillah segala urusan dyrg berjalan dengan lncar dengan segala perkembangan yg dyrg informkan. Mula-mula mcm serabut gak urusan2 waktu cuti n tp alhamdulillah setiap hari, setiap detik dpt setelkan dengan mudah.

Dalam masa yg sama aku kene menyiapkan proposal tesis penin2 relex2 ni lh nama nye cabaran. Dalam hidup ini kalo xde cabaran xde makna, dgn cabaran mengajar kita erti kesabaran, dengan kesabaran dpt menjadikan kite lbh mulia di sisi Allah taala. Aku lebih suka berkongsi dgn penulisan yg aku cipta sendiri haha tujuan utama aku menulis blog ni untuk menyampaikan apa yg aku rase perlu disampaikan dan berkongsi dengan sesiapa yg sudi.

Tjuk proposal aku mengenai kajian qualitative yg mengkaji karya org seberapa banyk unsur dakwah drpd dua tokoh yg amat terkenal penulisannya (habiburrahman El-Syirazy dan Prof Dr. Hamka).

Kayra-karya yg dihasilkan oleh Habiburrahman El-Syirazy adalah Sebuah novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Tasbih Cinta, Warkah Berbaur Syurga, Dalam mihrab Cinta dan selepas ini apa lg novel baru yg ia akn hasilkan. Ia seorang novelis yg terkenal di Indonesia dan karya-karyanya terkenal dengan Best Seller. Walaupun tjuk-tjuknya melambangkan cinta, bukan bermakna cinta yg dikejarnya bahkan ketakwaan, keimanan, kesungguhan mendapatkan cinta daripada Allah Taala. Dalam Tasbih cinta banyk mengisahkan kehidupan sahabat-sahabat rasulullah dan sejarah-sjarah yg dapat menjadikan taladan untuk kita.

Karya-karya Prof Dr.Hamka pula, kaya dengan hasil karyanya yg sungguh banyak dengan falsafah kerana ialah antara tokoh-tokoh yg terkenal di Malaysia sebagai Tokoh Falsafah. Banyak hasil-hasil penulisannya antaranya yg pernah saya baca adalah Falsafah Ketuhanan, Di Dalam Lembah Kehidupan, Dari Hati ke Hati, Di Bawah Lindungan Kaabah, Falsafah Hidup, Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB. Selain itu, ia juga menghasilkan buku Pujangga Islam - Kebanggaan Rumpun Melayu, Islam & Adat Minangkabau, Kenang Kenangan Hidup, Kesepaduan Iman & Amal Salih Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang, Lembaga Hidup, Merantau Ke Deli, Tasawuf Moden, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Terusir.terlalu banyak buku yg dikarangnya, subhanaAllah banyak nye lh kan ilmu nya.

Karya Prof Dr.Hamka yg saya kaji, adalah tentang "Di Dalam Lembah Kehidupan".

"Di Dalam Lembah kehidupan ini" banyak menceritakn hal-hal duniawi yg focus kpd manusia. Ia adalah cerita yg banyak bermain dengan air mata, kesedihan dari rintihan penderitaan oleh segolongan manusia di atas dunia yg di ibaratkan alam persinggahan.

Falsafah Prof Dr.Hamka mengatakan Air mata mereka itu sudah mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu. Bagaimana org akan peduli, padahal org sedang dibayangi kesenangan dan kemewahan??

Bermakna di sini, pelbagai onak duri manusia yg diceritakan di dalam buku "Di Dalam Lembah Kehidupan" pelbagai falsafah yg diselitkan menjadi semua manusia yg tidak bersemangat untuk menempuh kehidupan yg lara manjadi berkeyakinan menempuh kehidupan.

Akhir kata dari saya, erm bukan Prof Dr.hamka shje yg ade falsafah tau huhu Dalam kehidupan ini sntiasa dekat dengan pelbagai cabaran, jika kita mengambil cabaran itu sebagai amaran dalam kehidupan, peringatan sentiasa di alukan, jika kita mengambil kealpaan itu dalam kehidupan, kesengsaraan dtg tiada panggilan"

Ambil lh kata-kata ini buat sempadan dlm kehidupan krn hadirnya manusia dari Allah taala, jika tiada Allah, tiada lah kite dimuke bumi ini..kita sebagai manusia ini adalah satu brg yg akan di timbang dosa dn pahala, nyawa terletak kpd nya, kesenangan itu dari nye, kegembiraan itu drnya untuk di pinjamkan sementara. Jgn lh menganiaya org lain krn yg baik itu dtg dari Allah taala dan segala yg buruk dtg dr kejahilan dan kesilapan kite sendiri.


sekadar renungan.....

No comments:

Post a Comment