imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Wednesday, January 6, 2010

Perjuangan...

Assalamualaikum di dalam lembaran baru saya ini izinkan sy menyentuh dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg tidak seberapa kpd sahabat-sahabat bagaimana untuk menjadi seorang da’i. Adakah anda sudah menjadi seorang da’i? marilah singkap sedikit sebanyak tentang sifat2 yg mesti dimiliki untuk menjadi seorang da’i…


1) Mempunyai akal yg cerdas, ilmu yg mendalam dan takut hanya kpd Allah s.w.t.
2) Selalu menuntut ilmu, menjaga asas manfaat, menghargai waktu dan memperhatikan masalah sesuai dengan prioritinya.
3) Mengajak manusia dan mahu diajak, melarang dan mahu dilarang, org pertama yang mengerjakan apa yg dikatakannya, perkataannya tercermin dari perilakunya, baik lahir mahupun batinnya.
4) Berteman kpd sesame, memudahkan bukan menyulitkan, memberi khabar gembira tidak mengisolasi diri.

Dalam ayat Al-Quran surah at-Taubah: ayat 93 telah pun disebut “mereka rela berada bersama-sama orang-orang yang tidak ikut berperang”


Sesungguhnya Allah taala menyukai org yg bersungguh2 dan membenci org yg lemah dan putus asa. Kenikmatan roti adalah kerana diolah oleh org2 yg telah memeras keringatnya. Bahawasanya kekenyangan dalam tidur adlh tidur setelah penat kerja, kelazatan dlm makan adalah stelah kelaparan. Sesungguhnya mawar tidak mekar kecuali mangalami kuncup terlebih dahulu dan kayu wangi tidak dapat menyebar baunya kecuali setelah dibakar.

Andai api tidak membakar
Tidak akan diketahui bau kayu wangi.

Sesungguhnya air yg diam mengadungi penyakit, berubah rasanya. Tetapi apabila mengalir, maka ia baik untuk digunakan. Sesungguhnya anjing yg bodoh, maka haram memakan buruannya, akan tetapi anjing yg terlatih, maka halallah haiwan buruannya. Kehalalan buruannya setelah ada usaha melatihnya yg memerlukan ketekunan, kegigihan dan kerja keras.

No comments:

Post a Comment