imej

imej

AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Sunday, December 13, 2009

Akhlak Mulia Bunga diri


Akhlak-akhlak mulia adalah bunga-bunga diri

Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi

Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati

Akhlak bunga diri, nilai diri manusia

Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati

Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati

Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi

Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah

Haloba, tamak, gila puji, gila nama

Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak

Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati

Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah

Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin orang hormat berpura-pura

Orang takut sayang tiada

Orang kaya, orang segan hormat tiada

Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat

Kata-katanya tiada didengar lagi

Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya

Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya

Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi

Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita

Muka buruk pun dipandang cantik

Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik

Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri

Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya

Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri

Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya

Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata

Mereka itulah menjadi model di dalam negara


"marilah renung sendiri apa itu "Bunga Diri"

jgn biarkan Bunga diri kite rosak dgn tahi2 dan ulat2 daun yg blh merosakkan bunga dn daun yg cntik,

hiasi lah kemanisan supaya lebah dn kumbang dpt mencari madu yg sungguh manis

krn bila sudah dirosak kan dgn tahi2 dan ulat2 daun kemanisan bunga itu akn hilang

serta merta renung2 lah shbt2 ku, supaya kite same2 bentuk diri mnjadi lbh sempurna.."

No comments:

Post a Comment